Monday, June 11, 2012

Ratusan Pelajar Protes Kenaikan Yuran Tuisyen Dengan Berbogel Di Kanada



OTTAWA - Lebih 300 pelajar ditahan polis selepas melakukan tunjuk perasaan sehingga ke Montreal, Kanada kerana membantah kenaikan yuran tuisyen mereka, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, selain penahanan ratusan perusuh, sekurang-kurangnya 10 pelajar cedera kerana bertempur dengan anggota polis.

Kerajaan wilayah Quebec telah mengeluarkan undang-undang darurat sejak Jumaat lalu yang menyekat bantahan iaitu syarat bahawa polis diberitahu lapan jam sebelum dan memberitahu laluan pergerakan sebarang demonstrasi melebihi 50 peserta.

Bagaimanapun, udang-undang yang dikeluarkan termasuk akta baru yang bertujuan menamatkan bantahan selama tiga bulan itu tidak menjejaskan perusuh malah mereka mencabar kerajaan untuk menyelesaikannya di mahkamah selain berikrar untuk meneruskan demonstrasi.

Pada Ahad lalu, penunjuk perasaan bertindak memecahkan tingkap-tingkap premis perniagaan dan membuka seunit pili bomba sehingga membanjiri bangunan pejabat di pusat bandar Montreal.





Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami..  

No comments:

Post a Comment