Saturday, June 16, 2012

Greece Dan Republic Czech Melangkah Ke Suku Akhir Euro 2012




Warsaw, - Greece meraih kemenangan 1-0 atas Rusia, dalam perlawanan matchday ketiga Kumpulan A Piala Eropah, di Stadium Nasional Warsaw, Sabtu (16/6/2012), dan dengan begitu berhak masuk ke suku akhir sebagai runner-up, dengan empat mata, atau dua angka di bawah Czech.

Gol Greek diciptakan Giorgos Karagounis pada minit ke-45 +2. Sebuah lontaran ke dalam gagal diantisipasi oleh Sergei Ignashevich, sehingga bola dikuasai Karagounis dan dari tengah kotak penalti dilancarkan masuk gawang.

Pada separuh pertama, kedua kubu bermain cukup terbuka. Namun, hal itu diimbangi dengan soliditas di bahagian belakang, sehingga serangan kedua kubu tak kunjung membuahkan gol, sampai terciptanya gol Karagounis.


Rusia boleh mengekalkan tekanan mereka kali ini, tetapi mereka tetap gagal mengejar ketinggalan. Sebelum wisel berbunyi panjang, Rusia mendapatkan peluang dari Shirokov dan Denisov, pada minit ke-90 dan ke-90 +1. Namun, semua terkandas tangan Sifakis.

Menurut catatan UEFA, semasa perlawanan, Rusia menguasai bola sebanyak 62 peratus dan mencipta sepuluh peluang emas dari 25 usaha. Adapun Greek melepaskan dua tembakan tepat dari lima percubaan.





Sementara Di WROCLAW, - Republik Czech berjaya layak ke suku akhir setelah mengalahkan Poland 1-0 dalam perlawanan terakhir babak penyisihan Kumpulan A Piala Eropah di Stadium Municipal, Sabtu atau Minggu (17/6/2012). Dengan kemenangan itu, Czech menguasai liga Kumpulan A dengan koleksi enam mata. Gol semata wayang Czech diciptakan Petr Jiracek pada minit ke-72.

Setelah hanya bermain seri tanpa gol pada babak pertama, Czech langsung berusaha mengendalikan permainan. Terlebih pada perlawanan lain, Czech sempat ketar-ketir setelah Greek unggul atas Rusia 1-0. Czech sedar akan tersingkir jika bermain seri dengan Poland, sementara Greek mampu mempertahankan keunggulan hingga perlawanan selesai.

Czech mempunyai peluang emas lewat aksi Tomas Sivok pada minit ke-66. Namun, penjaga gol Przemyslaw Tyton melakukan reaksi luar biasa dengan menumbuk bola dari tandukan Sivok. Tyton pun kembali membuat Czech kembali gigit jari setelah berjaya mengamankan tembakan Baros pada minit ke-68.

Usaha Czech berbuah manis. Petr Jiracek berjaya menghancurkan kehebatan Tyton pada minit ke-72. Baros mempunyai impak yang besar terciptanya gol ini. Dia berjaya mencuri bola dari kaki lawan.


Setelah menguasai bola, Baros melakukan penembusan ke dalam kotak penalti lawan dan melepaskan umpan kepada Jiracek. Kemudian, Jiracek mengelirukan salah satu bek lawan dan berjaya menjejalkan bola ke sudut kanan gawang Poland.

Setelah unggul, Czech berusaha memperkuat pertahanannya dengan memasukkan Frantisek Rajtoral, menggantikan Jiracek pada minit ke-84. Strategi itu cukup berkesan meredam serangan sporadis Poland. Alhasil, Czech mampu menjaga keunggulan 1-0 hingga perlawanan selesai.

Hasil itu membuat Czech berada di puncak liga. Sementara Rusia malah harus tersingkir kerana kalah 0-1 dari Greece. Meski mempunyai nilai sama empat mata, "Negeri Mitologi" berhak atas tiket suku akhir kerana unggul dalam agresivitas gol ketika berduel dengan pasukan "Beruang Merah".



Terima kasih Telah Membaca Artikel Di 
tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.....  


No comments:

Post a Comment