Friday, June 8, 2012

Gambar Artis Korea Oh In Hye Yang Seksi Di Festival Filem Busan


Kemunculan Oh In Hye, 24 di red carpet sempena Festival Filem Busan Antarabangsa ke-16 yang berlangsung pada 6 Oktober lepas telah membangkitkan kontroversi di kalangan peminat K-Drama termasuk di Malaysia. Keberanian Oh In Hye yang mengenakan gaun oren mendedah bahagian dada menjadi tumpuan lensa kamera, sehingga hari ini menjadi subjek utama dalam pelbagai berita termasuk di luar negara.
Komen berbunyi ‘daring and sexy’ dilontarkan kepada pelakon ini mungkin sedap kedengaran. Namun, Korea Selatan yang juga sebuah negara konservatif tidak mengalukan fesyen yang sedemikian rupa. Ada segelintir respon yang diterima telah membidas On In Hye sebagai pelacur kelas atasan dan perempuan murahan.
Fesyen yang diinspirasikan daripada zaman Greek ini telah menyebabkan Oh In Hye berhadapan dengan kecaman daripada pihak media. Namun, baru-baru ini Oh In Hye telah meluahkan isi hatinya mengenai gaun seksi berkenaan. Ikuti penjelasannya selepas ini.
“Ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki ke majlis anugerah, jadi saya tak pasti apakah jenis pakaian yang sesuai. Seorang rakan yang saya kenali daripada sebuah filem telah mencadangkan kedai pakaian pengantin di bandar Seoul, jadi saya menyewa gaun ini daripada sana. Saya tidak mempunyai banyak pilihan, jadi saya memilih gaun itu. Pada mulanya, pakaian ini tidak muat, jadi saya meminta tukang jahit untuk membetulkan bahagian bahu dan kepanjangannya. Saya juga tidak mempunyai pereka fesyen peribadi.”
“Saya tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman mengenai majlis anugerah, jadi saya tak tahu tahap perhatian yang akan diberikan oleh pihak media. Saya hanya pakai gaun yang diberi. Apabila saya mendapat tahu gambar-gambar ini menjadi topik yang paling utama dicari di internet, saya sangat gusar dengan hari esok. Bagaimanapun, ibu bapa saya tahu dengan cabaran yang saya hadapi dan memberitahu saya supaya bersabar dan melupakan segala kritikan yang negatif,” kata On In Hye dalam nada menyesal













Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.

No comments:

Post a Comment