Monday, June 18, 2012

Cassano-Balotelli Bawa Italy ke Suku Akhir



POZNAN, - Itali memastikan diri layak ke suku akhir sebagai runner-up Kumpulan C, berkat kemenangan 2-0 atas Republik Ireland, pada matchday ketiga Kumpulan C, di Stadium Municipal, Poznan, Isnin atau Selasa (19/6/2012). Sepasang gol mereka dicetak Antonio Cassano pada minit ke-35 dan Mario Balotelli pada minit ke-90.

Pasukan asuhan Cesare Prandelli tersebut tampil lebih dominan. Meskipun begitu, Itali terlihat kesukaran menembusi barisan pertahanan Ireland. Salah satunya berlaku pada minit ke-28. Di dalam kotak penalti lawan, Di Natale melepaskan tembakan keras. Sayang tendangan penyerang Udinese tersebut masih membentur pemain lawan.

Dua minit kemudian, hal yang sama terjadi. Federico Balzaretti berjaya menghantar umpan kepada Di Natale yang berdiri di dalam kotak penalti Ireland. Apa daya, tendangan penyerang berusia 34 tahun tersebut membentur badan St Ledger.

Usaha Itali tidak sia-sia. Antonio Cassano berjaya menembusi gawang Shay Given pada minit ke-35. Bermula dari sepak sudut Pirlo, Cassano berjaya menanduk bola. Bola dari tandukan Cassano tersebut sempat terhantuk mistar sebelum menjunam ke belakang garis gawang.

Gol tersebut membuat Itali semakin percaya diri. Namun sampai turun minum, tidak ada gol yang tambahan yang diciptakan Itali.


Antonio Di Natale nyaris menjaringkan gol pada minit ke-47. Di Natale melepaskan tendangan keras usai memaksimumkan umpan rata Balzaretti dari sisi kiri pertahanan Ireland. Namun lagi-lagi, bola hasil tendangan Di Natale terhantuk tubuh St Ledger.

Tepat dua minit kemudian, giliran Cassano melepaskan ancaman berbahaya ke gawang Given. Dari sektor kanan pertahanan Ireland, Balzaretti kembali melepaskan umpan matang kepada Cassano. Namun sekali lagi, tendangan Cassano kembali terhantuk Dunne.

Di tengah-tengah perjuangan tersebut, Itali harus kehilangan Chiellini pada minit ke-57. Pertahanan Juventus itu mengalami kecederaan dan kedudukannya Chiellini digantikan Bonucci. Prandelli juga melakukan perubahan di barisan depan. Cassano diganti Alessandro Diamanti sebagai pemain tengah serang. Sementara Di Natale digantikan Mario Balotelli.

Namun, Itali kelihatan berada di dalam tekanan menjelang perlawanan tamat. Bahkan, gawang Itali hampir ditembusi seandianya Buffon tak sigap menghalang tendangan Andrews yang dilepaskan dari luar kotak penalti.

Itali unggul jumlah pemain selepas Andrews menerima kad kuning kedua pada minit ke-89. Hasilnya, Mario Balotelli berjaya menggandakan keunggulan pasukannya berkat gol yang diciptakannya pada minit ke-90. Memanfaatkan sepak sudut Diamanti, Balotelli melepaskan tendangan volley walaupun dikawal ketat O'Shea.

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami..

No comments:

Post a Comment