Monday, June 11, 2012

2 Gol Andriy Shevchenko Bantu Ukraine Menundukkan Sweden 2-1




KYEV, - Andriy Shevchenko tampil gemilang dan membawa Ukraine menang 2-1 ke atas Sweden pada perlawanan perdana Kumpulan D Piala Eropah 2012 di Stadium NSC Olimpiyskiy, Ukraine, Isnin atau Selasa (12/6/2012). Sempat tertinggal lebih dulu, Shevchenko kemudian menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan Ukraine 2-1.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, Ukraine memulakan perlawanan dengan percaya diri yang tinggi. Pertandingan baru berjalan empat minit, Evgeni Konoplyanka sudah mengancam gawang Sweden. Sayang, bola tendangan kerasnya dari luar kotak penalti masih menyamping tipis ke sisi kanan gawang penjaga gol Andreas Isaksson.

Pada pertengahan babak pertama, giliran penyerang senior Andriy Shevchenko yang memperoleh peluang emas. Mendapat umpan penemuan Evgeni Konoplyankan, ia mampu melepaskan diri dari perangkap off-side barisan belakang Sweden. Meski sudah tinggal berhadapan dengan penjaga gol Isaksson, eksekusinya kurang sempurna kerana bola masih melebar ke sisi kanan gawang.

Memasuki akhir babak pertama, tempo permainan meningkat. Tuan rumah beberapa kali mendapat peluang emas melalui Shevchenko dan Andriy Voronin. Pada minit-37, misalnya, Yarmolenko cuba memanfaatkan bola hasil umpan Shevchenko di depan gawang. Ssayangnya, eksekusinya gagal.


Di babak kedua, tempo permainan kedua kubu meningkat. Selain itu, ketika Ibrahimovic mampu membungkam penyokong tuan rumah selepas berjaya menakluki penjaga gol Pyatov pada minit ke-53. Menerima maklum tarik Kim Kallstrom dari sisi kanan, dengan mudah bekas pemain Ajax Amsterdam itu menyontek bola ke dalam gawang sekaligus mengubah kedudukan menjadi 1-0.

Namun, keunggulan itu tidak bertahan lama. Dua minit berselang, pendukung Ukraine bersorak setelah Shevchenko berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-55. Melakukan penetrasi dari sisi kanan, Yarmolenko melepaskan umpan silang ke tengah kotak penalti. Umpan itu kemudian terus disambar Shevchenko dengan tandukan keras dan memasukkan bola ke dalam gawang Sweden.

Gol itu seakan melecut semangat penggawa "Zhovto-Blakytni". Benar saja, tujuh minit berselang, Shevchenko kembali menunjukan taringnya setelah mampu menjaringkan gol kedua, sekaligus mengubah skor menjadi 2-1 untuk keunggulan Ukraine. Pemain berusia 35 tahun tersebut mampu memaksimumkan umpan tendangan sudut dengan sundulan keras dan terarah yang tak mampu dihalau penjaga gol Pyatov.

Tak ingin kalah, Sweden kemudian meningkatkan serangan hingga minit-minit akhir perlawanan. Meski beberapa kali mendapatkan peluang melalui Ibrahimovic dan Johan Elmander, skor 2-1 untuk keunggulan tuan rumah pun akhirnya tidak berubah hingga pengadil meniup wisel panjang.

Menurut catatan UEFA, sepanjang pertandingan, Ukraine menguasai bola sebanyak 54 peratus dan mencipta lima peluang emas dari 13 usaha. Sementara, Sweden melepaskan enam tembakan tepat dari 12 kali percubaan.

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami..  

No comments:

Post a Comment