Tuesday, May 29, 2012

Inilah Sekolah Termewah Dan Termahal Di Dunia

Posted By Tabek Puang 

angan salah, ini bukan mall, hotel atau tempat seumpamanya di mana orang bersenang-senang, tapi ini adalah bangunan sekolah, tempat orang belajar, menimba ilmu. Orestad College, di Denmark, menjadi satu satunya bangunan sekolah termewah dengan pelbagai kemudahan kelas pertama.

Sekolah ini direka seselesa mungkin untuk para pelajar dengan begitu diharap mereka boleh menghasilkan prestasi maksimum. Kalangan ahli akademik Denmark percaya bahawa sinar matahari dapat membangkitkan semangat belajar para pelajar. Oleh itu, bangunan sekolah telah direka bentuk sedemikian rupa untuk memaksimumkan masuknya sinar matahari sebagai penerangan.

Tidak seperti umumnya sekolah yg serba terkotak-kotak, maka reka bentuk bahagian dalam justru dibuat serba terbuka, sehingga lantai bahagian atas boleh melihat bahagian-bahagian di bawahnya. Selain sambungan internet di setiap tempat, setiap pelajar juga mendapat laptop percuma. Juga ada bantal oren multi fungsi-fungsi yang boleh digunakan untuk santai, belajar, atau tidur untuk melepas kepenatan.

Tak heran reka bentuk unik sekolah ini berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui beberapa anugerah.

Melihat semua yg ada di Orestad College, rasanya memang tidak ada alasan tidak berprestasi, kan?











Terima kasih Telah Membaca Artikel Di 
tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.

No comments:

Post a Comment